
PERSATUAN PERINTIS INTELEK INSANI TAIPING
(PIPIT)
RASAI DENGAN MINDA
FIKIR DENGAN HATI
Objektif NGO Kami
Menyemai benih kemanusiaan dan empati melalui penganjuran ceramah dan aktiviti.
Merangsang dan membentuk minda bagi melahirkan individu yang mempunyai harga diri yang sihat serta seimbang dalam semua aspek.
Memberikan sokongan emosi; meringankan perjalanan melalui perubahan hidup demi mencapai hasil yang positif.
Memberi motivasi, membangkitkan semangat serta keyakinan diri, sekali gus membimbing individu ke arah berdikari.
Menganjurkan aktiviti bagi mencapai objektif pertubuhan kami serta mengumpul dana untuk pertubuhan kami.
7/2/2026 Ceramah mengenai Kemurungan oleh Dr. Bilbir Kaur
Satu acara kerjasama yang hebat bersama New Club Taiping telah diadakan pada 7 Februari 2026….
13/9/2025 TAIPING MELALUI TEATER
Pada 13 September 2025, dari jam 10 pagi hingga 3 petang, PIPIT telah membawa satu…

Matlamat Kami
Memupuk masyarakat yang penyayang dan berempati dengan membina kenangan zaman kanak-kanak yang indah, memberikan sokongan emosi, menginspirasi keyakinan diri, serta menggalakkan perkembangan peribadi yang seimbang melalui ceramah, aktiviti dan pembelajaran berasaskan pengalaman yang berimpak.
Logo kami
Logo kami melambangkan:
Warna merah jambu dan hijau: Melambangkan semangat masyarakat yang
harmoni dan bersatu tanpa mengira kaum.
Imej sayap berwarna coklat terang dan gelap: Mencerminkan warna maskot kami, burung pipit.
Burung pipit yang sedang terbang𓅪:
Maskot kami melambangkan:
1.Kerjasama (seperti sekawan burung pipit yang terbang bersama)
2.Keyakinan bahawa setiap individu, walaupun kecil, tetap bernilai, diiktiraf dan
termasuk dalam masyarakat (seperti burung pipit yang bersaiz kecil)
3.Harapan (diwakili oleh aksi terbang)
Motif kepingan teka-teki🧩: Melambangkan usaha dalam pembangunan intelektual serta matlamat kami dalam memupuk pendidikan sosial.
